POLISI PRIVASI

View English Version

Laman web www.hellopay.com.my (“Laman Web”) dikendalikan oleh HELLOPAY MALAYSIA SDN. BHD. (“helloPay” atau “kami”).

Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana helloPay mengumpul, merakam, memegang, mengekalkan, mengguna, mendedah, berkongsi, memindah dan memproses data peribadi yang dikumpulkan oleh helloPay dari individu-individu yang menggunakan layanan-layanan yang disediakan melalui Laman Web kami.

Kami komited dalam menjalankan perniagaan kami dengan mematuhi prinsip-prinsip ini untuk memastikan bahawa kerahsiaan data peribadi anda dilindungi dan dikekalkan.

   

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Apabila anda membuka akaun helloPay, atau memberi helloPay maklumat peribadi anda melalui pengunaan Laman Web, helloPay akan mengumpul data peribadi anda termasuk:

i. Nama penuh;

ii. Nombor identifikasi (contoh: nombor passport, nombor Mykad, etc) dan/atau maklumat berkaitan;

iii. Nama syarikat (jika ada);

iv. Alamat rumah/ tempat kerja;

v. Alamat e-mel;

vi. Butiran kad kredit;

vii. Butiran akaun bank;

viii. Nombor telefon (mobil dan/atau talian tetap); dan/atau

ix. Maklumat tentang laman web anda (jika ada).

   

2. KEBENARAN UNTUK MENGUMPUL, MENGGUNA DAN MENGONGSI DATA PERIBADI

2.1 Dengan mengunakan Laman Web dan/atau mendaftar untuk layanan helloPay, anda memberikan kami kebenaran anda kepada syarat-syarat Polisi Privasi ini.

2.2 helloPay berhak meminda Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Apabila pindaan dibuat atas Polisi Privasi ini, helloPay akan mengubah tarikh “disemak” yang terletak di atas Polisi Privasi ini.

2.3 helloPay akan memberitahu anda melalui e-mel tentang perubahan-perubahan penting mengenai Polisi Privasi ini yang akan menjejaskan maklumat yang dikumpulkan daripada anda pada masa depan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu, helloPay mungkin tidak akan memberikan anda notis, contohnya, dalam kes-kes melibatkan pelangarran undang-undang oleh kamu, pengumpulan hutang yang terhutang kepada kami, atau untuk mematuhi permintaan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang atau perintah mahkamah.

2.4 Dengan meneruskan akses dan pengunaan layanan di Laman Web, anda dianggap menerima apa-apa perubahan atau pindaan atas Polisi Privasi ini.

2.5 Jika anda memberikan data peribadi untuk mana-mana pihak ketiga kepada hellopay, kami menganggap bahawa anda telah mendapat kebenaran yang diperlukan daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk berkongsi dan memindahkan data peribadi pihak ketiga tersebut kepada kami.

2.6 Anda boleh menarik balik kebenaran anda atas Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel melalui borang kontak helloPay. Sila maklum bahawa jika anda menarik balik kebenaran anda, helloPay boleh menggantung penyediaan produk dan/atau layanan helloPay kepada anda.

   

3. PENGUMPULAN MAKLUMAT PERIBADI

3.1 helloPay boleh mengumpul data peribadi melalui, tetapi tidak terhad kepada cara-cara berikut:

A. Pembukaan akaun helloPay

Dengan mendaftar untuk akaun helloPay atau menggunakan layanan helloPay, anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat peribadi anda untuk disimpan bersama akaun anda.

B. Pengunnan layanan helloPay

Jika anda menggunakan layanan helloPay sebagai ‘guest’, anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat peribadi anda untuk tujuan melengkapkan transaksi.

C. Media sosial

Jika anda mendaftar untuk akaun helloPay melalui akaun media sosial anda, menghubungkan akaun helloPay anda kepada akaun media social anda atau menggunakan fitur-fitur media sosial helloPay yang lain, helloPay boleh mengakses maklumat peribadi yang anda telah memberi kami secara sukarela melalui layanan media sosial itu mengikut polisi pembekal layanan tersebut dan helloPay akan mengurus data peribadi anda yang dikumpul oleh helloPay mengikut Polisi Privasi ini.

3.2 helloPay menghadkan pengumpulan data peribadiny hanya kepada maklumat yang diperlukan untuk pemberian layanan helloPay dan operasi Laman Web.

3.3 helloPay tidak pengumpul data peribadi dari individu-individu di bawah umur lapan belas (18) tahun dengan sengaja.

   

4. TUJUAN PENGUMPULAN DAN PENGUNAAN DATA PERIBADI

helloPay berhak untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

i. untuk mematuhi undang-undang, peraturan, proses undang-undang dan/atau permintaan kerajaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada prinsip ‘Kenali Pelanggan Anda’, pemeriksaan latar belakang pelanggan, pencegahan pengubahan wang haram, dan pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram.;

ii. penyelidikan pasaran untuk memahami keperluan anda mengenai layanan-layanan helloPay;

iii. untuk meningkatkan Laman Web dan produk-produk dan/atau layanan;

iv. untuk memenuhi permintaan anda semasa menggunakan produk atau layanan kami;

v. untuk memenuhi transaksi dengan pedagang helloPay

vi. untuk berkomunikasi dengan anda dan pelawat-pelawat Laman Web yang lain, untuk memberitahu anda (apabila perlu) tentang perbaikan, serta produk dan layanan lain yang disediakan oleh helloPay, sekutunya dan pihak ketiga;

vii. untuk membenarkan anda mengakses bahagian-bahagian Laman Web yang terhad kepada pelanggan helloPay;

viii. untuk memperibadikan layanan-layanan dan produk-produk kami untuk anda dan untuk menyampaikan iklan yang disasar kepada anda oleh kami dan pihak-pihak ketiga;

ix. untuk apa-apa keperluan bil dan untuk menyimpan rekod pembayaran yang berkaitan;

x. untuk menjawab apa-apa tuntutan dari pihak ketiga atau mengenai kemungkinan pelanggaran apa-apa perjanjian atau polisi-polisi yang mengawal pengunaan Laman Web atau apa-apa produk atau layanan helloPay oleh anda;

xi. untuk melindungi hak-hak helloPay, termasuk tetapi tidak terhad kepada keselamatan atau integriti Laman Web;

xii. untuk mengenalpasti dan meyelesaikan apa-apa masalah teknikal berkaitan degan Laman Web dan produk atau layanan; dan/atau

xiii. untuk tujuan perniagaan, analisis operasi, pemasaran dan tujuan promosi lain kami.

   

5. PENGUMPULAN MAKLUMAT LAIN

5.1 helloPay mungkin menggunakan “kuki”, yang boleh mengesan aktiviti anda melalui Laman Web dan merakam data termasuk:

i. alamat Internel Protokal anda;

ii. jenis pelayar web;

iii.laman-laman web yang dilawati sebelum tiba ke Laman Web;

iv. laman-laman dalam Laman Web yang dilawati;

v. masa yang dihabiskan di laman-laman tersebut, item dan maklumat yang dicari dalam Laman Web, masa dan tarikh akses dan statistik-statistik lain.

5.2 Data yang dikumpul boleh digunakan oleh helloPay untuk tujuan-tujuan berikut:

i. analisis dan evaluasi untuk membantu helloPay memperbaiki Laman Web dan layanan dan produk yang disediakan oleh helloPay;

ii. membenarkan fitur-fitur dan fungsi di Laman Web, atau layanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengingati username, preferens pelayaran, dan preferens layanan lain;

iii. membina profil tentang cara anda dan pengguna lain menggunakan Laman Web helloPay;

iv. mentadbirkan layanan helloPay kepada anda dan kepada pengiklan kami; dan

v. menentukan statistik pengguna di platform helloPay.

5.3 Kebanyakan pelayar internet memberi anda pilihan untuk menghentikan pemprosesan kuki. Anda boleh menhentikan fungsi kuki apabila melayari Laman Web tetapi ini mungkin mengakibatkan kehilangan fungsi, menghadkan penggunaan Laman Web dan/atau melambatkan atau menjejaskan operasinya.

   

6. PENDEDAHAN, PERKONGSIAN, PEMPROSESAN DAN PENGEKALAN DATA

6.1 helloPay hanya akan mendedahkan atau mengongsi maklumat anda:

i. kepada pekerja-pekerja helloPay, kontraktor bebas , anak syarikat, sekutu, perunding , rakan perniagaan , pembekal perkhidmatan, pembekal dan ejen, yang bertindak atas pihak helloPay untuk tujuan-tujuan menurut seksyen 4 Polisi ini;

ii. jika helloPay mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia perlu mendedahkan atau mengongsi maklumat untuk mengenalpasti, menghubungi atau mengambil tindakan undang-undang atas individu yang mungkin menyebabkan kecederaan atau gangguan (sama ada sengaja atau tidak sengaja) dengan hak-hak atau harta helloPay, pengguna Laman Web lain, produk-produk atau layanan, atau sesiapa yang boleh dijejaskan oleh aktiviti tersebut; atau

iii. untuk bertindak balas kepada proses kehakiman dan memberi maklumat kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang atau berkaitan dengan penyiasatan mengenai perkara-perkara yang berkaitan keselamatan awam, menurut undang-undang.

6.2 Maklumat peribadi yang dikumpul daripada anda juga boleh dipindahkan kepada parti ketiga sekiranya:

i. helloPay melibatkan sekutu-sekutunya dan/atau pihak ketiga untuk menyediakan produk-produk dan/atau layanan tertentu kepada anda atas pihak helloPay. Dalam situasi begini, helloPay hanya akan memberi maklumat kepada pihak ketiga atas dasar ‘need to know’ (hanya maklumat yang perlu diketahui akan dikongsi), dan helloPay akan menghadkan hak-hak pihak ketiga ini untuk meggunakan dan mengongsi maklumat atau data peribadi anda sebagaimana sesuai dalam menjalankan tugas mereka untuk helloPay;

ii. untuk mengesahkan ketepatan data peribadi yang diberi kepada kami;

iii. untuk mengesan, mencegah atau menangani penipuan atau isu-isu keselamatan atau teknikal;

iv. perniagaan Laman Web ini atau sebahagian daripadanya dan maklumat pengguna yang berkaitan dijual, diserah, atau dipindahkan, asalkan kami memastikan bahawa pembeli, pemegang serah hak atau penerima akan mengendalikan data peribadi mengikut Polisi Privasi ini;

v. kami dikehendaki mengongsi maklumat anda atas dasar undang-undang, perintah mahkamah atau peraturan kerajaan, atau sekiranya pendedahan maklumat adalah perlu untuk menyokong penyiasatan jenayah atau undang-undang atau prosiding di dalam atau luar negara.

6.3 Bila bayaran kepada pedagang helloPay dibuat melalui Laman Web, helloPay boleh mengongsi data peribadi anda termasuk nama, alamat, dan nombor telefon anda, untuk tujuan membolehkan pedagang helloPay memenuhi transaksi tersebut.

6.4 Maklumat mengenai akaun bank dan maklumat kewangan lain tidak akan didedahkan kepada sesiapa melalui Laman Web ini, melainkan jika helloPay dikehendaki mendedahkan maklumat tersebut untuk mematuhi undang-undang, peraturan, proses undang-undang dan/atau kerajaan.

6.5 Apabila data peribadi dikongsi dengan parti ketiga helloPay akan dengan munasabah bersusaha untuk memastikan bahawa parti ketiga menjaga keselamatan data peribadi anda.

6.6 Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke negara selain daripada negara di mana maklumat tersebut dikumpul. Bila maklumat anda dipindah ke luar negara, kami akan melindungi maklumat tersebut menurut Polisi Privasi ini dan mematuhi apa-apa keperluan undang-undang berkenaan dengan menyediakan perlindungan yang sesuai untuk memindahkan data peribadi anda ke luar negara.

6.7 Selepas akaun anda menjadi tidak aktif (iaitu, jika anda meminta untuk dikecualikan dari pangkalan data helloPay), hellopay akan menyimpan data peribadi anda di dalam arkib kami sepanjang tempoh yang dikehendaki bawah undang-undang atau peraturan yang berkenaan. Maklumat anda hanya akan digunakan apabila perlu untuk tujuan cukai atau untuk membuktikan pematuhan helloPay dengan undang-undang.

   

7. AKSES DAN PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI

7.1 Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meyemak apa-apa maklumat yang helloPay telah mengumpul dan menyimpan daripada anda.

7.2 Anda bertanggungjawab untuk memberitahu helloPay tentang perubahan pada data peribadi anda dari semasa ke semasa dan anda mempunyai hak untuk meminta pembetulan data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap dengan menghantar permintaan melalui e-mel melalui borang kami di halaman Hubungi Kami. helloPay akan menyemak dan mengesahkan semua permintaan sebelum melaksanakan pembetulan. Selepas disahkan, helloPay akan melaksanakan pembetulan secepat mungkin.

7.3 Untuk mengesahkan data peribadi anda, helloPay boleh meminta dokumen-dokumen sokongan daripada anda untuk menyokong maklumat atau data peribadi yang diberi kepada kami.

   

8. KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN

8.1 helloPay melindungi data peribadi anda melalui:

i. mengehadkan akses pihak ketiga kepada data peribadi;

ii. mengekalkan perisian dan teknologi berkaitan dalam Laman Web dan platform pembayaran helloPay untuk menghalang akses computer yang tidak dibenarkan;

iii. memusnahkan data peribadi anda apabila ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan kami.

8.2 helloPay menggunakan teknologi penyulitan SSL (secure socket layer) apabila memproses maklumat kewangan anda untuk memastikan data peribada anda selamat dan dilindungi.

8.3 Sekiranya anda percaya bahawa data peribadi anda dalam Laman Web helloPay telah dikompromi, sila hubungi helloPay dengan segera.

8.4 Kata laluan anda adalah kunci akaun anda. helloPay mengalakkan anda untuk menggunakan nombor unik, huruf dan aksara khas. Jangan kongsi kata laluan helloPay anda dengan sesiapa. Jika anda mengongsi kata laluan anda dengan orang lain, anda bertanggungjawab atas semua tindakan yang diambil atas nama akaun anda dan anda mungkin tertakluk kepada undang-undang berkaitan dengan tindakan yang diambil bagi pihak anda. Sekiranya kata laluan anda dikompromi, atau jika anda percaya bahawa ia telah dikompromi, anda perlu menghubungi helloPay dengan segera dan mengubah kata laluan anda.

8.5 Anda diingatkan supaya log keluar dari akaun anda dan tutup pelayar web anda apabila tamat menggunakan computer yang dikongsi.

   

9. LINK LAMAN WEB LUAR

Halaman tertentu Laman Web helloPay mungkin mempunyai pautan kepada laman web luar yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak ketiga. helloPay tidak bertanggungjawab untuk kandungan, maklumat, operasi atau aktiviti laman web tersebut. helloPay menyarankan bahawa anda membaca dengan berhati-hati dan memahami polisi privasi pihak ketiga sebelum berkongsi data peribada anda dengan laman web tersebut.

   

10. HUBUNGI KAMI

Lawati FAQ Laman Web atau laman Hubungi Kami jika anda ada pertanyaan mengenai Polisi Privasi ini.

Semua produk dan layanan yang disediakan oleh kami adalah tertakluk kepada Syarat-syarat helloPay (“Terms and Conditions”) yang didapati di Laman Web helloPay dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia.